WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.162.173.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.162.173.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Memanjat Tangga Akademik Melalui Jalan Belakang','/?p=2634','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Lee Tze Yan

Penulis amat tertarik dengan kupasan artikel Mohd. Shukri Hanapi, berjudul “Amalan Menumpang Nama” dalam Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2011. Penulis amat bersetuju dengan apa-apa yang cuba diketengahkan oleh beliau menerusi artikelnya.

Pada pendapat penulis, implikasi amalan menumpang nama sebenarnya sama teruknya dengan kegiatan memplagiat ataupun meniru. Hal ini dikatakan demikian kerana kedua-duanya melibatkan unsur penipuan secara tidak langsung.  Plagiat jelas merupakan satu unsur penipuan kerana meniru dan menyalin idea orang lain secara bulat-bulat tanpa memberikan sebarang petikan atau pengiktirafan kepada penulis asal. Menumpang nama juga tergolong dalam penipuan kerana ahli akademik memperoleh sesuatu pengiktirafan meskipun mereka langsung tidak terlibat sama sekali dalam apa-apa jua bentuk sumbangan dalam sesuatu penyelidikan ataupun proses penerbitan jurnal.

Sekiranya dikaji secara mendalam, banyak faktor yang menyumbang kepada berleluasanya amalan menumpang nama sejak belakangan ini. Faktor perdana yang tidak boleh disanggah lagi, tidak lain tidak bukan kerana mengejar kenaikan pangkat untuk “memanjat tangga akademik”. Disebabkan keghairahan untuk mendapat markah yang tinggi dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI), yang mula diperkenalkan dalam institusi pengajian tinggi kita, banyak ahli akademik mencari jalan singkat untuk meninggikan markah KPI mereka. Markah KPI yang tinggi merupakan salah satu syarat penting untuk kenaikan pangkat dan salah satu kriteria untuk markah KPI ialah penghasilan bahan ilmiah dalam bentuk jurnal mahupun manuskrip. Maka, ramai antara ahli akademik yang tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah mudah demi memastikan nama mereka muncul dalam apa-apa jua bentuk penerbitan ilmiah akademik dan timbullah amalan menumpang nama yang kian berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Langkah drastik perlu diambil oleh pihak yang berkenaan, sekurang-kurangnya memantau amalan sedemikian dan sekali gus mengurangkan insiden seperti ini supaya integriti ahli akademik dapat dipertahankan. Penerbitan bahan ilmiah yang betul-betul berkualiti penting supaya aktiviti penyelidikan kita berada pada landasan yang betul untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain, seperti Jepun, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Share

1 Maklum Balas

  1. Tajul Komen:

    Terdapat juga para akademik (tempatan & antarabangsa) menghantar penulisan mereka untuk penerbitan Jurnal melalui atas talian (secara ‘open access’) yang mana kebanyakkan hasil kerja mereka akan dinilai secara segera. Modus operadi mereka, adalah dengan menghantar e-mail memohon untuk artikel yang dibentangkan dimana-mana konferensi di hantar untuk dinilai dan seterusnya diterbitkan oleh mereka. Lazimnya jika artikel dinilai secara profesional oleh pernerbit yang sahih ianya akan mengambil masa dari 6 bulan sehingga 2 tahun, dengan melalui kaedah ‘open access’ melalui penerbit palsu, ianya tidak sampai 6 bulan. Selepas melalui proses penilaian antara penulis, penerbit dan editor mereka dijemput untuk menerbitkan artikel tersebut dengan kadar USD50 sehelai. Pada ahli akademik yang mengejar pangkat & kedudukan soal wang bukan halangan. Nah! mereka sudah mempunyai artikel yang dimuatkan di journal antarabangsa tanpa mengetahui ianya adalah penipuan alam siber. Disini, nafsu memainkan peranan dan mereka yang bijak pandai tertipu dengan mainan syaitan. Amat malang sekali kepada dunia akademik mempunyai mereka-mereka tidak ikhlas di dalam mendidik anak bangsa. Maka, di sini perlu ada badan atau usaha memantau kegiatan-kegiatan yang mungkin sudah meresapi di dalam ‘CV’ masing-masing sudah sekian lama. Persoalannya…halalkan rezeki kita?

    rujukan:
    http://thetrialwarrior.com/2010/09/12/good-grief-bait-switch-law-publishing-version/
    http://www.improbable.com/2009/12/22/strangest-academic-journals/

    Dihantar pada 12 Februari, 2012, 5:49 pm

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.