WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Israel Makin Terpencil','/?p=2633','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Mohd Nadzri Kamsin

Negara Islam pertama yang mengiktiraf negara Israel ialah negara sekular Turki pada tahun 1949. Tahun berikutnya, Iran sebuah lagi negara Islam sekular menjadi negara Islam kedua mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Kedua-dua negara ini menjalinkan hubungan yang erat dengan negara Israel dari aspek diplomatik, ekonomi, ketenteraan dan perdagangan. Hubungan Iran-Israel yang dimulakan oleh Muhammad Reza Shah Pahlavi menemui penghujungnya apabila pemimpin Iran yang dibenci oleh majoriti rakyatnya digulingkan pada tahun 1979 ketika Revolusi Islam Iran.

Muhammad Reza Shah Pahlavi yang menjadi Shah Iran dibenci rakyatnya sendiri kerana banyak menggunakan kekerasan melalui polis rahsia – Savak untuk menindas dan menghapuskan sebarang bentuk penentangan. Gaya hidup Shah Iran yang cukup mewah dan tenggelam dalam dunianya menimbulkan rasa benci yang meluap-luap rakyat. Shah Iran akhirnya digulingkan dan terpaksa bergegas melarikan diri ke luar negara dan hidup dalam buangan. Ulama Iran yang kuat menentang pemerintahan Shah Iran, Ruhollah Musavi Khomeini yang sebelumnya hidup dalam buangan kembali ke Iran dan menjadi pemimpin baharu negara. Ruhollah Musavi Khomeini atau lebih dikenali sebagai Ayatollah Ruhollah Khomeini telah dipilih sebagai “Man of the Year” majalah Times pada tahun 1979.

Pertukaran pemimpin yang berlaku secara dramatik di Iran telah menyaksikan hubungan Iran-Israel bertukar arah secara dramatik. Hubungan baik yang terjalin antara Iran dengan Israel terputus apabila Khomeini mengambil alih kuasa. Iran di bawah pentadbiran Khomeini, tidak lagi mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, malah telah melabel Israel sebagai “musuh Islam” dan “syaitan kecil” manakala, Amerika Syarikat sebagai “syaitan besar”. Iran bertukar menjadi sebuah negara anti-Israel dan berterusan sehingga ke hari ini. Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad, masih meneruskan permusuhan terhadap Israel. Semenjak menjadi Presiden pada tahun 2005, Ahmadinejad menjadi perhatian negara Barat dan Israel disebabkan penentangannya yang keras terhadap Israel. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang cukup kontroversi – Israel sepatutnya dilenyapkan daripada peta dunia.

Hubungan Israel-Turki berjalan lancar semenjak tahun 1949 sehingga Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan daripada parti Refah yang condong kepada Islam membentuk kerajaan campuran pada pertengahan tahun 1996. Israel tidak berasa selesa dengan kerajaan Turki pimpinan Erbakan yang secara terang-terangan dilihat menunjukkan simpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kerajaan pimpinan Erbakan lebih banyak menjalinkan hubungan dengan negara Islam berbanding dengan Israel. Malangnya, pentadbiran kerajaan campuran tidak bertahan lama dan Erbakan digulingkan oleh tentera Turki selepas setahun menjadi perdana menteri. Kerajaan Turki kembali kepada pihak sekular dan hubungan Israel-Turki kembali pulih. Apabila parti Adalet ve Kalkınma (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan berjaya membentuk kerajaan yang kuat pada tahun 2002 dan Erdogan menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003 dan bermulalah detik hitam buat sejarah Turki-Israel. AKP dan Erdogan yang cenderung kepada Islam disanjung tinggi oleh penduduk negara Arab kerana pentadbiran yang bersih, cekap dan dilihat cukup berani menyatakan penentangan terhadap Israel.

Erdogan pernah meninggalkan Forum Ekonomi Dunia 2009 yang berlangsung di Davos ketika menjadi salah seorang ahli panel kerana tidak berpuas hati dengan moderator yang dilihat berat sebelah dan lebih banyak memberikan ruang kepada Presiden Israel, Shimon Peres untuk bercakap. Ketika banyak negara Barat cuba mematahkan usaha Iran membangunkan senjata nuklear, Erdogan mempersoalkan tentang keistimewaan yang diberikan kepada Israel sehingga tidak dipersoalkan tentang keupayaan senjata nuklear mereka yang sudah lama dibangunkan.

Kemuncak kepada hubungan keruh Turki-Israel bermula apabila flotila kapal MV Mavi Marmara yang dinaiki majoritinya rakyat Turki bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada Palestin diserang oleh komando Israel sehingga menyebabkan kematian. Permintaan Turki supaya Israel memohon maaf secara rasmi dan membayar pampasan kepada waris tidak diendahkan Israel. Pada September 2011, kerajaan Turki telah menghalau keluar duta Israel daripada negara Turki. Selepas itu, Erdogan mengambil langkah lebih agresif apabila menggantung semua hubungan ketenteraan dan perdagangan antara Turki dengan Israel. Ketika negara Barat melabel Iran sebagai ancaman kepada kestabilan rantau Timur Tengah, Erdogan pula melabel Israel sebagai ancaman sebenar kepada kestabilan rantau tersebut.

Tahun 2011 merupakan tahun yang penuh gelora buat penduduk di Timur Tengah. Revolusi rakyat, yang bangun memberontak pemerintahan autokratik sungguh mengejutkan dunia. Dalam pemberontakan ini, banyak rakyat yang mati. Bermula dengan penggulingan Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, api revolusi telah merebak ke hampir seluruh Timur Tengah. Zainal Abidin Ali, pemimpin Tunisia yang suka menerima rasuah telah memerintah lebih daripada dua dekad terpaksa meninggalkan negara secara tergesa-gesa dan hidup dalam buangan. Selepas Tunisia, Mesir menyaksikan pemimpin autokratik yang telah memerintah selama tiga dekad, Muhammad Husni Mubarak pula digulingkan. Pemimpin Libya, Mu’ammar Qaddafi yang telah memerintah lebih tiga dekad menjadi mangsa pemberontakan rakyat dengan digulingkan dan menemui ajal. Presiden Syria, Ali Abdullah Soleh yang telah memerintah lebih dua dekad pula telah bersetuju untuk meletak jawatan pada awal tahun 2012 setelah berbulan-bulan pemberontakan rakyat berlangsung yang mendesak beliau meletak jawatan.

Penggulingan pemimpin tersebut telah membuka laluan untuk pilihan raya seterusnya. Tunisia sudah pun mengadakan pilihan raya pada Oktober 2011 dengan menyaksikan parti haluan Islam, An-Nahda memenangi kerusi parlimen terbanyak. Mesir telah pun memulakan pilihan raya parlimen secara berperingkat. Peringkat pertama pilihan raya parlimen Mesir menyaksikan parti Al-Hurriya Al A’dalah, parti yang mewakili gerakan Islam – Ikhwan Muslimin memenangi kerusi terbanyak dan diikuti rapat oleh sebuah lagi parti berhaluan Islam, parti An-Nur yang lebih agresif dalam memperjuangkan Islam. Dijangkakan pilihan raya peringkat kedua dan ketiga parlimen dan pilihan raya Presiden Mesir akan memberikan keputusan yang sama dengan parti yang mewakili Ikhwan Muslimin, membolot kerusi parlimen terbanyak. Kedua-dua negara menyaksikan kerajaan sebelumnya yang suka menerima rasuah dan sekular akan digantikan dengan kerajaan pilihan rakyat yang condong kepada Islam.

Revolusi rakyat yang melanda Timur Tengah membimbangkan Israel. Penggulingan pemimpin membawa kepada pilihan raya yang demokratik tetapi melahirkan pemimpin baharu yang condong kepada Islam, agresif dan bersifat anti-Israel. Pemimpin parti An-Nahda, Hammadi Jibali yang bakal menjadi Perdana Menteri Tunisia dalam satu perhimpunan di bandar Susa yang turut dihadiri wakil Ahli Parlimen Hamas telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Tunisia adalah dengan kehendak Tuhan dan akan membawa kepada pembebasan Baitulmuqaddis. Kenyataan yang cukup kontroversi dilakukan menggambarkan mereka bersama-sama penduduk Palestin akan sama-sama berjuang untuk membebaskan Baitulmuqaddis daripada cengkaman Israel. Hamas merupakan pergerakan dan parti politik yang dilabel sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat dan Israel. Belum pun secara rasmi mengetuai kerajaan, tetapi Hammadi Jibali dan partinya sudah memperlihatkan sikap keras mereka terhadap Israel.

Mesir pula di bawah pemerintahan Husni Mabarak telah menjalinkan hubungan yang akrab dengan Israel sehingga dilabelkan Mesir sebagai sebuah negara yang penting dah strategik untuk Israel di Timur Tengah. Apabila Husni Mubarak digulingkan, sentimen anti-Israel dilihat meluap-luap dalam kalangan rakyat. Banyak protes anti-Israel dilakukan di bandar Kaherah. Pada bulan September 2011, serangan dilakukan oleh beribu-ribu penunjuk perasaan yang telah berjaya menggempur Kedutaan Israel di Mesir sehingga menyebabkan kakitangan Kedutaan Israel terpaksa diselamatkan oleh tentera Mesir.

Sudah lebih setengah abad, negara Israel berjaya “hidup” di kelilingi oleh penduduk Timur Tengah yang majoritinya anti-Israel. Negara yang diasaskan oleh rejim Zionis ini telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Islam yang diperintah oleh rejim yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel. Malang untuk Israel, satu-persatu sahabat mereka yang boleh mereka harapkan mulai lenyap. Satu-persatu negara Islam yang bersahabat dengan Israel digantikan dengan pemerintah yang agresif menentang Israel. Amerika dan negara Eropah yang banyak menyokong kewujudan Israel pula sedang bergelut dengan masalah ekonomi yang datang bertimpa-timpa. Apakah nasib Israel selepas ini? Yang pasti, Israel semakin terpencil.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.