WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Sejarah Melaka Berubah?','/?p=2617','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Sejak di tingkatan satu, pelajar didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Yang menariknya, sebagai pengenalan kepada mata pelajaran tersebut, sejarah Melaka diperkenalkan yang sekali gus merungkai rentetan salasilah penubuhan kerajaan awal di alam Melayu.

Fakta dalam mata pelajaran Sejarah mendakwa Melaka dibuka pada abad ke-14, iaitu sekitar 1400. Namun, adakah benar fakta tersebut? Beberapa orang sarjana tempatan berpendapat bahawa tarikh yang dinyatakan oleh Alfonso de Albuquerque tersebut boleh dipertikaikan kesahihannya.

Lantaran itu, baru-baru ini Kerajaan Negeri Melaka di bawah Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) memperuntukkan sejumlah dana bagi membiayai penyelidikan yang mencari bukti lebih tepat berdasarkan peninggalan sejarah. Akhirnya, kajian yang dijalankan oleh tiga orang panel penyelidik sejarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merungkai tarikh sebenar pengasasan Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan sumber primer yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan selama 12 bulan.

Fakta yang Tiada Bukti

Sebelum 1400 diterima sebagai tahun tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka, banyak sarjana dari dalam dan luar negara memberikan tarikh tertentu berdasarkan maklumat yang diberikan.

Terdapat sarjana tempatan yang menekankan bahawa permulaan Kesultanan Melayu Melaka sudah wujud sejak abad kelapan Masihi. Ada juga andaian yang mengatakan bahawa pada awal kurun ke-15 sudah ada bukti yang menyatakan kehadiran raja-raja Melaka ke China berdasarkan catatan rasmi Kerajaan Ming yang ditulis oleh Liang Liji dalam kitabnya, Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Tang.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.