WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pembelaan Terhadap Golongan OKU?','/?p=2609','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub

Lelaki berusia lewat 40-an itu kelihatan tergesa-gesa kerana tidak mahu ketinggalan tren lagi. Riak di raut wajahnya menampakkan kerisauan lantaran ketika itu merupakan waktu puncak yang menyaksikan warga kota berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kelihatan tangannya terketar-ketar mengayunkan tongkat yang digenggam erat. Tanpa penglihatan yang sempurna, apalah kudratnya untuk berasak-asak seperti insan lain. Lebih-lebih lagi untuk berhadapan dengan lautan manusia yang barangkali langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Jauh sekali cuba untuk menyelami hati dan perasaannya.

Kebetulan pada hari berkenaan penulis berada di Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang terkenal dengan kesibukannya hampir setiap masa. Setiap kali tren tiba di platform, tiada seorang penumpang pun yang memberikan laluan kepadanya untuk masuk terlebih dahulu kerana masing-masing mengejar waktu.

Keadaan itu memaksa lelaki tersebut berhempas pulas untuk meloloskan dirinya. Pada masa yang sama, tiada pengumuman destinasi tren dilakukan, lalu menyebabkan dia terpaksa bertanya berkali-kali kepada orang di sekelilingnya. Namun sekali lagi dia tidak berjaya menaiki tren kerana dirempuh dengan kasar oleh penumpang lain. Melihat situasi yang berlaku itu memaksa penulis meluru ke arahnya yang kian tenggelam dalam lautan manusia.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.