Oleh Chew Fong Peng

Pada 29 Julai lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah Cina, termasuk tiga buah sekolah menengah persendirian Cina yang masing-masing menerima RM200 ribu.

Najib menyifatkan sejak merdeka, dasar liberal negara yang memberikan kebebasan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke mana-mana sekolah yang dikehendaki mencerminkan berkembangnya sistem demokrasi di Malaysia. “Tanpa sikap keterbukaan pembuat dasar negara yang memahami konsep budaya berbilang kaum di Malaysia, sekolah Cina tidak akan wujud di negara ini,” jelas beliau.

Rentetan daripada pengumuman Najib itu, banyak pihak memberikan reaksi yang positif. Bantuan kewangan tersebut dianggap sebagai sikap keterbukaan kerajaan dalam memantapkan pendidikan untuk semua kaum.

“Selama ini, sumber kewangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah menengah persendirian Cina hanya bergantung pada sumbangan agensi swasta, individu tertentu, serta dana terkumpul Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG),” Demikian reaksi Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Sin Min, Sungai Petani, Zhuang Jun Long. Kini menurut beliau, pembiayaan daripada kerajaan menunjukkan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap pembangunan sekolah Cina.

Luo Zhonghua, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Persendirian Xinmin di Alor Setar pula menyatakan bahawa mereka bersyukur dan terharu dengan peruntukan dana tersebut kepada sekolah Cina.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.