WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pemikiran Raja Ali Haji dalam Gurindam 12','/?p=2603','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Ratna Roshida Ab. Razak

Raja Ali Haji bin Raja Ahmad atau nama penuhnya Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pulau kecil di Riau yang dikenali sebagai Pulau Penyegat Indera Sakti pada 1809.

Pulau tersebut merupakan sebuah pusat kebudayaan dan perkembangan ilmu yang penting dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu dan pernah menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang. Hasil kesusasteraan Raja Ali Haji merupakan bukti kehebatan tamadun Melayu yang diasaskan oleh tasawur Islam yang banyak terletak pada bidang penulisan dan kesusasteraan.

Hasil tulisan beliau memperlihatkan cara berfikir bangsa Melayu yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ajaran agama Islam, juga bidang pengetahuan seperti bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang.

Menerusi penulisan yang dihasilkan, pemikiran Raja Ali Haji mengenai makna, tujuan, dan nilai daripada banyak aspek kehidupan dapat difahami. Dengan kata lain, penulisan Raja Ali Haji menjelaskan satu sistem nilai yang teratur digambarkan melalui pandangan hidupnya.

Kecerdasan berfikir yang dimiliki Raja Ali Haji mempunyai kaitan dalam proses pengamatan, memahami dan menyelesaikan masalah, serta menguasai sesuatu situasi. Dalam hal ini Raja Ali Haji yang cukup arif dengan situasi masyarakat pada ketika itu, mendorong beliau untuk menghasilkan sebuah gurindam sebagai karya agungnya yang dikenali sebagai Gurindam 12.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2012.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.