image_pdfimage_print

Oleh Muhammad Rafiq Abdul Rahman

Walaupun banyak pihak yang memperakui kedudukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, masih ada segelintir individu yang semakin berani mempersoalkan kredibiliti perundangan tertinggi negara yang tersimpul rapi itu.

Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan digunakan dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, dalam sistem pelajaran kebangsaan yang jelas merupakan salah satu urusan rasmi kerajaan, maka bahasa pengantar utama ialah bahasa Melayu.

Yang paling menarik perhatian adalah tentang kedudukan bahasa lain, selain bahasa Melayu dalam Perlembagaan tersebut. Perkara 152 menyatakan, “selain maksud rasmi, tiada seseorang boleh dihalang mengajar atau belajar bahasa lain”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa semua bahasa selain bahasa Melayu,sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya selagi fungsinya tidak mengambil alih kedudukan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar dalam semua urusan rasmi.

Malangnya bermula 2003, seperti ingin membawa “angin perubahan”, kerajaan menukar sistem pembelajaran dan pengajaran apabila mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di semua peringkat.

Mujurlah setelah bangkangan demi bangkangan dibuat dan mengambil kira fakta yang menunjukkan peratusan kegagalan sistem baharu tersebut, akhirnya kerajaan memutuskan PPSMI dimansuhkan secara berperingkat dan bahasa Melayu kembali memainkan fungsinya sebagai bahasa pengantar utama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bermula pada 2012.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

3 Maklum Balas

  1. Siti Komen:

    Dihantar pada 4 Mac, 2012, 9:51 pm

  2. Azrul Komen:

    Dihantar pada 15 Mac, 2012, 3:40 pm

  3. Jayson Komen:

    Dihantar pada 14 April, 2012, 7:39 am

Hantar Maklum Balas

Anda mesti Log masuk sebelum memberi komen

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.