WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kurdish Potret Etnik yang Malang','/?p=2498','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Nik Azman NM

Kurdish merupakan etnik yang menganggap diri mereka sebagai penduduk asal sebuah daerah yang dikenali sebagai Kurdistan. Wilayah tersebut memiliki keluasan 409 650 kilometer persegi, terletak di sepanjang Pergunungan Taurus dan Zagros yang meliputi sebahagian Iran, Iraq, Syria dan Turki.

Dalam buku The Social and Political Structures of Kurdistan, Martin van Bruinessen menyatakan Kurdish ialah etnik minoriti di Timur Tengah yang mendiami wilayah Iran, Iraq, Syria, Turki dan Armenia. Mereka menggunakan bahasa Kurdish, iaitu bahasa Indo-Eropah daripada cabang bahasa Parsi.

Etnik Kurdish juga boleh ditemukan di Lubnan dan Azerbaijan (Kalbajar dan Lachin, sebelah barat Nagorno Karabakh) dan beberapa buah negara Eropah serta Amerika Syarikat (AS). Secara etnografi, etnik Kurdish memiliki hubungan warisan dengan suku bangsa Iran.

Sepanjang sejarah, etnik Kurdish sentiasa memperjuangkan kemerdekaan wilayah mereka. Mereka berperang dengan tentera Sumeria, Asyur, Parsi, Mongolia, Salib Eropah dan Turki. Dengan jumlah kurang lebih 40 juta orang, Kurdish merupakan salah satu etnikterbesar di dunia yang tidak memiliki negara sendiri. Pada abad ke-20, tiga buah negara, iaitu Iran, Iraq, dan Turki, menghapuskan pemberontakan yang digerakkan oleh militan Kurdish.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.