WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Politik Indonesia Sukar Diramal','/?p=2494','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Karim Raslan

Penulis percaya bahawa kebanyakan ahli politik berhasrat memulakan kerjaya politik di tempat kelahirannya. Misalnya, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan bekas Presiden George W. Bush memulakan kerjaya politik di tempat kelahiran masing-masing Illionis dan Texas.

Walau bagaimanapun, dua pilihan raya di Indonesia baru-baru ini mungkin boleh dijadikan penilaian terbaik trend pengundi Indonesia yang semakin sukar diramal. Pilihan raya pertama di bandar Yogjakarta – pusat prabudaya dan pendidikan Jawa yang terkenal. Sebelum ini, bandar ikonik ini diterajui dengan baik selama 10 tahun oleh Herry Zardianto daripada Parti Amanat Nasioanl (PAN). Herry ahli perniagaan tempatan yang licik dan berperwatakan menarik.

Apabila Herry berundur, seorang lagi kader PAN, Hanafi Rais (anak pengasas parti Amien Rais) disebut-sebut sebagai penganti terbaik Herry. Dari awal lagi, anak tokoh pemimpin nasional Indonesia ini dianggap bakal memenangi kerusi di kampung halamannya tanpa sebarang masalah.

Walau bagaimanapun, setelah pembiayaan yang luar biasa mewahnya ketika berkempen, Hanafi akhirnya tumpas. Pemenangnya ialah Hayadi Suyuti Herry Zardianto daripada PDI-P, bersama-sama rakan sepolitiknya Golkar yang mendapat sokongan daripada Sultan Hamengkubuwono. Beliau menewaskan Hanafi dengan margin 6.38 peratus.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.