WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '107.22.48.243' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','107.22.48.243','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Pejuang atau Petualang?','/?p=2491','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Beliau baru berusia 27 tahun sewaktu mengetuai rampasan kuasa secara aman untuk menggulingkan pemerintahan monarki Raja Idris I pada 1969. Beliau jugalah pemimpin yang secara terbuka mengisytiharkan dirinya sebagai pelopor sosialisme Islam dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.

Namun, setelah lebih empat dekad memerintah Libya, akhirnya beliau tersungkur dengan cara yang tragis dan menyayat hati.

Muammar Gaddafi, 69 tahun, bukan sahaja dipukul oleh kumpulan tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) tersebut setelah berjaya menawan kampung halamannya di Sirte paling menyentuh hati apabila tubuhnya yang sudah tidak bermaya tersebut diherdik, diheret, dan akhirnya ditembak walaupun beliau merayu supaya tidak diapa apakan. Sehingga makalah ini ditulis, mayat Gaddafi telah selamat disemadikan di suatu tempat yang dirahsiakan.

Dengan menjadikan pemimpin nasionalis Mesir, Gamal Abdul Nasser sebagai ikonnya, Gaddafi pernah bersama sama Gamal dalam protes anti Israel semasa krisis Terusan Suez pada 1956.

Oleh sebab bersemangat membawa pembaharuan dalam pentadbirannya, Gaddafi memperkenalkan fahaman politiknya dalam “Buku Hijau” pada 1970 yang menggabungkan ideologi sosialisme, demokrasi, dan menekankan aspek Islam yang dikenali sebagai Teori Antarabangsa Ketiga. Yang menariknya, buku tersebut dicetak dan disebarkan secara meluas ke seluruh dunia secara percuma.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.