WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.117.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.117.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Cerita Projek Sungai Penchala','/?p=2488','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Amlir

Apakah kaedah penyelesaian “menang-menang” yang berupaya meredakan rencaman keperluan dan kehendak manusia yang kerap bercanggah ini? Adakah terdapat situasi yang menyaksikan semua orang berpuas hati? Dalam isu pengurusan alam yang membabitkan sikap manusia, mungkin tidak ada teori apatah lagi hukum yang boleh mencapai kemampanan melainkan kebijaksanaan dan bukan kepandaian manusia semata-mata.

Beberapa tahun yang lalu, satu eksperimen dalam usaha pengurusan sungai di Malaysia, “Projek Penchala” dilancarkan. Penulis diamanahkan menguruskannya menerusi badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL), dan Universiti Malaya (UM).

Projek tersebut merupakan usaha pemuliharaan Sungai Penchala, sebatang anak sungai Sungai Kelang yang terkenal pencemarannya daripada punca domestik dan industri. Projek tersebut masih lagi dilaksanakan walaupun bukan di bawah tanggungjawab penulis lagi. Pendekatan yang digunakan masih tetap serupa.

Ketika itu, kebanyakan usaha pengurusan sungai di Malaysia berorientasikan kejuruteraan yang bersifat fizikal dan mekanikal serta melibatkan pentadbiran serta perundangan di bawah beberapa agensi awam. Pendekatan sosial dan ekonomi masih agak baharu dan belum mendapat pertimbangan yang cukup besar seperti mana sekarang.

Ekoran itu, “Projek Penchala” buat pertama kali dalam pengurusan sungai di Malaysia, meneroka pendekatan lain; pendidikan untuk kemampanan. Pendekatan ini menitikberatkan peningkatan penglibatan semua pihak yang berkepentingan untuk membuat keputusan dan bertindak bersama berdasarkan maklumat serta kemahiran yang ada.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.