WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Libya Selepas Gaddafi','/?p=2477','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Chairil Ehsan

Pada 20 Oktober 2011, Barat bersorak apabila agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, berjaya dibunuh. Kematian Gaddafi memberikan markah penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama, kerana dua orang penentang kuat AS berjaya ditumpaskan semasa beliau memerintah. Sebelum Gaddafi, musuh utama AS, Osama Ben Laden turut berjaya ditumpaskan.

Ironinya, ketika sebahagian rakyat Libya membenci Gaddafi, dunia Islam menyanjung pemimpin itu kerana sifatnya yang berani menentang dasar luar AS yang membuli negara Dunia Ketiga, khususnya negara Islam. Bermula dengan rampasan kuasa terhadap Raja Idris pada 1969, Gaddafi muncul sebagai pemimpin Islam yang berjuang membela hak kebangsaan Arab, pembebasan Palestin dan kepentingan rakyatnya.

Gagasan Buku Hijau oleh Gaddafi menampilkan kaedah kesaksamaan pengagihan harta negara dan tidak kurang penting ialah usaha pembebasan rakyat terjajah di seluruh dunia yang bermula di barat Ireland Utara hinggalah rakyat Moro di sebelah timur. Namun, pada 20 Oktober lalu semuanya berakhir. Gaddafi yang digeruni di pentas dunia akhirnya menemui ajal di tangan rakyatnya sendiri.

Selama 42 tahun memimpin Libya, Gaddafi terlalu banyak mengubah landskap politik dan pemikiran rakyat Libya. Beliau mengemukakan banyak pelan pembangunan untuk mengeluarkan negara yang kaya dengan minyak itu daripada belenggu kemiskinan. Gaddafi melakukannya dengan jayanya.

Tragedi yang berlaku kepada Gaddafi membuktikan betapa kuatnya kuasa rakyat. Sebelum Gaddafi, Hosni Mubarak di Mesir juga kecundang dan sekarang sedang dibicarakan dalam keadaan yang cukup menyedihkan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.