Oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub

Murtad. Suatu konotasi negatif yang terus menjadi isu sensitif sampai bila-bila. Banyak pihak tidak mahu memperdebatkan isu ini secara terang-terangan kerana dihantui kebimbangan jika tersilap percaturan.

Gejala ini tidak mungkin berakhir kerana hari demi hari ada sahaja individu yang terjebak. Tidak kira bagaimana bentuk atau kaedah murtad itu terjadi, masalah ini semakin memuncak dan jika tidak dibendung, kesucian agama menjadi taruhannya.

Walaupun kejadian murtad bukan merupakan perkara baharu dalam kalangan orang Melayu- Islam di negara ini, fenomena yang menyaksikan orang Melayu-Islam terkeluar landasannya didakwa semakin menular.

Kini, golongan yang didapati murtad bukan sahaja didorong oleh kelemahan pegangan agama, malah terdapat usaha yang dilakukan secara terang-terangan untuk memesongkan akidah orang Melayu-Islam.

Hal ini ada kaitannya dengan kedudukan orang Melayu-Islam yang semakin lemah. Akibat kelemahan itu, maka Islam yang dahulu begitu dihormati diganggu-gugat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Hakikat ini terlalu pahit untuk ditelan apabila dibincangkan secara terbuka memandangkan negara ini terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan agama.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.