Oleh Farizal Razalli

Tempoh masa 24 jam yang cukup mendebarkan bagi Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang sedang menghadapi dua situasi yang meruncing; pertama, kekalutan untuk mempertahankan penggal kedua pentadbirannya di l’Élysée; kedua, kegawatan ekonomi Perancis yang memerlukan tindakan segera pentadbiran Sarkozy. Namun, seolah-olah seperti dirancang, Sarkozy, akhirnya menerima berita gembira berganda dalam tempoh 24 jam.

Anak pertama hasil perkahwinan (kali ketiganya) dengan Carla Bruni, bekas penyanyi dan model terkenal berketurunan Itali, secara rasminya dinamakan sebagai Giulia. Media Perancis sedaya upaya cuba mendapatkan reaksi dan merakamkan saat-saat manis kelahiran anak pertama pasangan Sarkozy-Bruni itu. Namun, unit komunikasi Istana Presiden, menegaskan bahawa beritakelahiran Giulia bukan untuk tatapan umum, sebaliknya sebuah cerita peribadi yang tidak wajar dihebahkan. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Istana Presiden belajar daripada kesilapan lepas.

Sejak Sarkozy mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau digambarkan sebagai ikon nombor satu Perancis. Beliau merupakan presiden pertama di Republik itu yang berasal daripada keturunan imigran. Malah Sarkozy tidak terdidik di institusi pendidikan elit Perancis yang sering menjadi laluan perdana untuk semua tokoh politik Perancis sejak turun-temurun.

Sarkozy, bukanlah calon Presiden pilihan pada 2007. Malah bekas Presiden Jacques Chirac, yang juga merupakan veteran parti l’Union pour un mouvement populaire (UMP) tidak begitu merestui pencalonan Sarkozy. Kemenangan Sarkozy, seperti juga kemenangan Barrack Obama di Amerika Syarikat (AS), dianggap sebagai perubahan signifikan dalam politik Perancis khususnya dari aspek reformasi politik lantaran latar belakang keluarga dan umur Sarkozy.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.