Oleh Nor Sahada Rasdi

Apakah kaitan antara blog dengan remaja sehingga menjadi kegilaan mereka? Situasi ini berlaku kerana ketaasuban mereka terhadap kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang berkembang pesat di negara ini. Oleh sebab itu, memiliki blog sendiri bagaikan kemestian.

Kegilaan remaja terhadap blog semakin meningkat apabila MySpace memperkenalkan blog percuma untuk penggunanya. Sifat semula jadi remaja yang sentiasa ingin ambil tahu terhadap sesuatu perkara menyebabkan semakin banyak yang ingin mempunyai blog sendiri. Tanpa disedari, situasi ini menyebabkan blog menjadi “kegilaan”, seterusnya mereka beranggapan bahawa memiliki blog sendiri dapat melambangkan status mereka yang sentiasa terkedepan.

Melalui blog, remaja dapat menyampaikan idea dan pendapat mengenai sesuatu isu secara mendalam. Mereka juga boleh menggunakan blog sebagai medan perbincangan untuk memberikan komen mengenai sesuatu topik, sama ada secara positif atau negatif. Kewujudan internet merupakan permulaan kemunculan blog, terutamanya kepada remaja sebagai paparan untuk berkongsi fikiran di alam siber.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Technorati, terdapat lebih 112 juta blog di alam maya. Hal ini bermakna sebanyak 175 ribu blog baharu dibina setiap hari. Kadar statistik tersebut melibatkan remaja yang sememangnya obsesi dengan dunia blog. Blog menjadi kegemaran mereka disebabkan oleh kandungannya yang boleh dimuat turun.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.