Oleh Ridzuan Kamis

Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mempunyai keperluan yang pelbagai semasa mengikuti kursus di institusi pengajian tinggi (IPT) pilihan masing-masing. Keperluan yang pelbagai itu harus ditangani secara berkesan oleh pelajar agar matlamat utama untuk melanjutkan pelajaran dicapai dengan jayanya.

PJJ merupakan kaedah pengendalian kursus pengajian yang ditawarkan kepada pelajar tanpa memerlukan mereka berada secara fizikal di tempat kursus pengajian. PJJ ditawarkan oleh IPT bertauliah yang meliputi penyediaan instrumen pengajaran utama serta melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Pengajar dan pelajar tidak berada di tempat yang sama atau dengan kata lain, terpisah oleh waktu dan tempat.

Lazimnya, PJJ memberikan peluang kepada seseorang untuk melanjutkan pelajaran di IPT bagi mendapatkan kelayakan akademik dengan melakukan pembelajaran secara bebas atau kendiri. Bahan atau sukatan pelajarannya pula disediakan dalam bentuk bercetak atau bukan cetak.

Sistem PJJ pada dasarnya sama antara setiap IPT, namun berbeza dari segi pendekatan dan pelaksanaan mengikut keperluan dan garis panduan prosedur PJJ.

Sistem PJJ membolehkan pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berasingan tanpa kehilangan kemudahan dan faedah interaksi yang menghasilkan keberkesanan penyampaian objektif dalam pembelajarannya.

Keperluan diri merupakan keperluan utama yang harus dipenuhi pelajar PJJ. Individu yang mengikuti pembelajaran PJJ sebenarnya terikat dengan komitmen lain, seperti mempunyai pekerjaan tetapnya sendiri. Dalam keadaan yang mendesak atau tidak, mental dan fizikal harus terarah kepada persediaan untuk belajar kerana PJJ disifatkan sebagai peluang kedua seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran dan mencapai cita-cita yang mungkin tertangguh sebelum ini.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.