WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.117.119' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.117.119','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; BBK: Usaha Berterusan Memartabatkan Bahasa Kebangsaan','/?p=2396','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub

“Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur.

Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan.

Sewaktu negara mencapai kemerdekaan, pemimpin terdahulu bersepakat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bermula dengan termaktubnya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, diikuti penggubalan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, kemudiannya Akta Bahasa Kebangsaan pada 1967, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu. Kedudukan bahasa Melayu kemudiannya dimantapkan lagi dengan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sekolah aliran Inggeris yang sebelum ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwajibkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Namun, terdapat suara sumbang yang menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mundur. Golongan ini pada peringkat awalnya tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu untuk berdiri teguh sebagai bahasa pengantar di sekolah. Bagi mereka yang berfikiran cetek ini, bahasa Melayu tidak mungkin mampu menterjemahkan konsep ilmu moden yang diperlukan oleh negara untuk maju dan berdaya saing.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Disember 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.