WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; PERMATA dan Kejituan Institusi Keluarga','/?p=235','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Penulis tertarik dengan kupasan “Misi Penting Projek PERMATA Negara” dalam Dewan Masyarakat Januari 2010 yang menampilkan fungsi sebenar PERMATA, yang telah mula diperkenalkan pada 2006. Sekali gus tulisan ini membuka ruang dan peluang kepada mereka yang masih kabur tentang projek ini supaya melihat dengan lebih jelas tentang ciri-ciri Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) dan PERMATApintar.

Apabila meneliti objektif, visi dan misi penubuhan yang telah digariskan, di samping fokus dan teknik pembelajaran, program ini dilihat sebagai menyeluruh bagi membentuk sebuah generasi baharu masa depan yang hebat daripada pelbagai aspek seperti mental, fizikal dan rohani.

Namun satu persoalan yang perlu dirungkai terlebih dahulu. Apakah institusi kekeluargaan yang ada pada hari ini cukup ampuh untuk kita bergantung harap agar anak-anak yang dilahirkan mampu menyerlah dan dicungkil bakatnya melalui program ini? Hal ini penting kerana kejayaan program ini bergantung pada kejituan dan keutuhan institusi keluarga itu sendiri di samping masyarakat sekelilingnya.

Hari ini kita masih melihat insiden yang menyayat hati. Kes pembuangan bayi, penculikan kanak-kanak, penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa sendiri dan sebagainya jelas akan merencat kejayaan program ini. Niat program ini cukup mulia namun perlu dimantapkan dengan kesanggupan ibu bapa menitikberatkan masa depan anak mereka. Program yang hebat dan mulia tidak akan ke mana jika institusi keluarga yang menjadi pendukung utama program ini lemah pembentukan asasnya. Dalam hal ini, peranan ibu bapa cukup penting kerana merekalah yang akan mencorakkan masa depan anak mereka mengikut acuan yang dikehendaki. Mereka perlu diingatkan bahawa setiap anak adalah permata negara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga dan memelihara permata yang dianugerahkan kepada mereka dengan sebaik-baiknya.

Justeru ibu bapa perlu lebih menyayangi anak mereka dan tidak menggadai masa depan mereka. Semoga program ini dapat membantu melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar dari segi ilmunya malah mampu menyumbang kepada pembinaan negara bangsa seperti mana yang direncanakan.

Noor Mohamad Shakil Hameed
Seri Kembangan, Selangor.

___

Surat Pembaca ialah ruangan khusus bagi pembaca memberikan pandangan tentang isu yang diperkatakan dalam Dewan Masyarakat bercetak dan dalam talian. Segera kirimkan pandangan anda kepada Editor Dewan Masyarakat dalam talian dengan menyertakan maklumat peribadi yang lengkap. Hantarkan kepada: fadhli@dbp.gov.my

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.