Oleh Rizal M.

Industri perfileman di Malaysia dilanda satu fenomena yang luar biasa. Mutakhir ini kebanyakan filem Melayu yang ditayangkan memberikan kejayaan hebat kepada beberapa penerbit dan pengarah filem apabila banyak filem yang ditayangkan meraih kutipan yang “pecah panggung”.

Kebanyakan genre penghasilan filem Melayu sekarang menggunakan pendekatan tema yang sama, namun masih mampu menarik perhatian penonton. Hal ini dianggap sebagai satu perkembangan yang sihat kepada industri perfileman Melayu.

Dahulu, penonton filem Melayu lebih cenderung kepada plot cerita yang membawakan tema cinta dan tragis. Era tersebut bermula dengan kejayaan filem Sembilu (1994) yang mencatat kutipan tiket RM 4.39 juta.

Pertaruhan Skop Production meletakkan barisan penyanyi popular sebagai pelakon seperti Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira, ternyata berbaloi. Pengarahnya, Yusof Haslam pada ketika itu disifatkan berjaya menggalakkan lebih banyak pelabur untuk masuk dalam industri filem Melayu.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.