Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Hanya mampu menggelengkan kepala dan menghela nafas panjang. Itulah tindakan spontan yang penulis mampu lakukan tatkala mendengar berita dari bumi Australia yang menyaksikan skuad “Harimau Malaya” dibelasah oleh “sang kanggaro” dengan keputusan 5- 0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa baru-baru ini.

Tiada apa-apa yang boleh diperkatakan kerana skuad yang dibawa ke Australia itu hanya “dikuarantin” dalam masa beberapa hari dan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, masih lagi mencuba keserasian antara pemain lama dengan baharu.

Ketika itu juga, penulis teringat sewaktu berada di Wales baru-baru ini dan berkesempatan bertemu dengan penyerang kebangsaan, Safee Salli yang sedang diuji oleh salah sebuah kelab divisyen dua, Liga Inggeris, Cardiff City.

Walaupun cakap-cakap orang yang menyatakan bahawa penghantaran Safee berkait dengan kepentingan politik, paling penting beliau diberikan pendedahan untuk “mencuri ” sekurang – kurangnya Sedikit ilmu tentang aspek yang diperlukan oleh sesebuah kelab antarabangsa kepada pemain yang berstatus bintang.

Persoalannya, mampukah dengan hanya menghantar seorang pemain, secara keseluruhannya corak permainan serta taktikal permainan sesebuah pasukan berubah?

Bukankah sebaik-baiknya yang mendapat pendedahan ini adalah sekumpulan jurulatih yang dikenal pasti oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu membawa sinar baharu kepada bola sepak tempatan?

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.