Oleh Ku Seman Ku Hussain

Presiden Palestin Mahmoud Abbas mempunyai pelan A dan pelan B berhubung dengan masa depan negaranya selepas lebih daripada enam dekad diceroboh oleh Israel.

Rakyat Palestin sekian lama menderita kerana permainan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) terhadap perjanjian damai Palestin-Israel. AS yang mempunyai banyak kepentingan dengan Israel sentiasa meletakkan Palestin sebagai ”mangsa”. Hal ini termasuklah pengaruh AS terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membuat keputusan tidak adil kepada Palestin.

Pelan A ialah perjanjian damai yang dianjurkan oleh AS. Perjanjian damai tersebut yang bukan perkara baharu, tidak pernah mengecap kejayaan yang diharapkan.

Pada April lalu, Mahmoud membuat pelan B iaitu usaha melobi untuk Palestin mendapat taraf sebagai negara anggota PBB. Banyak negara menyokong tindakan drastik Mahmoud yang sekali gus mencabar AS dan Presiden Barack Obama. Dalam pertemuan Mahmoud dengan Obama pada September lalu, ternyata Obama tetap dengan pendiriannya menghalang usaha Palestin mendapat taraf sebagai sebuah negara di PBB.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.