WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.103.239' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.103.239','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Implikasi Politik Belanjawan 2012','/?p=2321','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Jeniri Amir

Menjelang pembentangan Belanjawan 2012, ada pihak yang menjangka bahawa belanjawan tersebut merupakan “belanjawan pilihan raya” atau “belanjawan politik” untuk memancing lebih daripada 11 juta orang pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Dalam keadaan Barisan Nasional (BN) terdesak untuk mengekalkan kuasa, pembangkang mendakwa bahawa kerajaan pasti mengemukakan belanjawan yang membawa keceriaan dan seboleh mungkin mengelakkan sebarang kesan yang membawa bebanan. Jangkaan sedemikian bukanlah baharu kerana setiap kali menjelang PRU, pasti terdapat kenyataan sedemikian daripada pihak pembangkang.

Sesudah ucapan Belanjawan 2012 setebal 50 halaman yang disampaikan selama dua jam oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak itu selesai pada 7 Oktober lalu, memang ada pihak yang menyifatkannya sebagai isyarat bahawa PRU ke-13 semakin hampir.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Daripada jumlah tersebut, RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.