Oleh Tam Cai Lian

Kebelakangan ini, sering didedahkan di dada akhbar tentang kes ibu yang sanggup membunuh anaknya yang baru dilahirkan. Ibu yang mengandung dan selepas melahirkan anak didapati mudah mengidap depresi disebabkan oleh perubahan hormon.

Di samping itu, bagi wanita, terdapat jangka waktu tertentu dalam kehidupan mereka yang terdedah dengan masalah depresi, misalnya semasa perubahan hormon ketika haid serta beberapa tahun sebelum dan ketika menopos. Pada saat kritikal itu, wanita dikatakan mudah mendapat depresi sekiranya tidak menerima sokongan moral dan kasih sayang daripada ahli keluarga.

Depresi dalam kalangan wanita sebenarnya berhubung kait dengan tekanan kehidupan, isu ekonomi, masalah sosial (seperti putus cinta, kehilangan pekerjaan, keretakan rumah tangga, perubahan kehidupan yang besar) dan faktor genetik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.