Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman
“Dunia kehilangan seorang tokoh yang menakjubkan dan Apple Inc. tidak terkecuali merasai pemergian seorang yang berwawasan dan genius yang cukup kreatif.” Demikian petikan di laman web Apple Inc. setelah berita kematian pengasasnya, Steven Paul Jobs, pada 5 Oktober lalu. Pemergian ikon inovasi ini kebetulan sama dengan tarikh pelancaran produk terbaharu syarikat terbabit iaitu iPhone 4S.
Bagi rakan sekerja mahupun rakan persaingan dalam industri komputer, Steve merupakan seorang yang cukup dedikasi dan disegani kerana kesungguhannya untuk menghasilkan produk yang dapat memudahkan masyarakat di dunia.
Bagi bilionair yang menduduki carta pertama orang terkaya di dunia yang juga pengasas Microsoft, Bill Gates, Steve yang dikenali sejak 30 tahun lalu merupakan individu yang cukup istimewa bakatnya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.