“Talian hayat” penulis jika berada di luar negara ialah pemandu teksi. Penulis sangat bergantung pada mereka untuk membawa penulis ke mana-mana destinasi yang mahu dituju.

Kebergantungan ini tambah kuat apabila penulis berada di negara yang tidak mempunyai pengangkutan awam alternatif seperti transit aliran ringan. Jadi, demi keselesaan dan keselamatan, teksi menjadi pilihan terbaik untuk penulis bergerak ke sana ke mari.

Penulis masih ingat ketika pertama kali menjejakkan kaki di Jakarta pada 2008 untuk mengikuti latihan sangkutan dengan salah sebuah syarikat media di sana selama sebulan. Teksi merupakan pengangkutan utama penulis sepanjang berada di Jakarta kerana pengangkutan awam tersebut didapati paling fleksibel, di samping selesa dan selamat.

Begitu juga ketika penulis berada di Bangkok dan beberapa buah kota di negara ASEAN yang lain kecuali Singapura, teksi tetap menjadi pilihan utama penulis untuk bergerak.

Penulis percaya bahawa kebanyakan pelancong asing yang melawat sesebuah negara sering menjadikan teksi sebagai pengangkutan tidak rasmi mereka. Jadi, amat tepat apabila ada pihak yang menyatakan bahawa pemandu teksi ibarat “duta kecil” yang menzahirkan imej sesebuah negara. Oleh sebab itu, banyak negara terutamanya di ASEAN, bukan sahaja mempunyai kemudahan teksi yang banyak, bahkan keadaaan teksi mereka sentiasa bersih dan selesa, serta pemandu yang ramah dan berhemah.

Di Indonesia dan Bangkok misalnya, walaupun kedua-dua buah kota metropolis itu sangat dikenali dengan kesesakan jalan raya yang teruk serta tidak mempunyai kemudahan LRT, pengangkutan teksinya wajar dipuji. Di samping teksi sentiasa berada dalam keadaan baik, pemandu teksi di kedua-dua buah kota besar tersebut seboleh-bolehnya sanggup menghantar ke mana-mana pun yang destinasi yang mahu dituju oleh penumpangnya. Bayaran tambang pula dikenakan amat berpatutan berdasarkan baca

Share

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.