WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.119.26' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.119.26','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; ISA di Penghujung Jalan','/?p=2292','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Abd. Kadir Ayob Ayub

Segala persoalan kini terjawab. Kritikan lantang pelbagai pihak semakin perlahan. Dalam konteks negara  demokrasi, rakyat berhak memberi pandangan mereka berhubung dengan pelbagai isu termasuk soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini sangat sensitif untuk diperdebatkan secara terbuka.

Pada malam 15 September lalu menjadi antara detik bersejarah bagi pejuang hak asasi manusia di negara ini apabila Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, membuat kejutan besar dalam ucapannya sempena menyambut Hari Malaysia. ISA yang mula diwartakan secara rasmi pada 1960 itu diumumkan pemansuhannya dan bakal berkuat kuasa pada masa terdekat ini.

Pada dasarnya, objektif awal penggubalan ISA adalah murni iaitu menentang perbuatan subversif dan apa-apa tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti yang termaktub dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Ketika diperkenalkan di negara ini pada 1948, ISA digunakan oleh penjajah British untuk memerangi kegiatan pengganas Komunis (Bintang Tiga) yang ketika itu menyerang lombong bijih timah, ladang getah milik majikan British, pasukan keselamatan dan orang awam.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Rencana Berkaitan ISA di Penghujung Jalan

Video Berkaitan Pemansuhan ISA tindakan nekadPenambahbaikan pengganti ISAISA diganti dengan akta baharu,ISA isu sensitifKesan pemansuhan ISAKesempatan pemansuhan ISAPemansuhan ISA akibat desakan pihak tertentu,Pemansuhan ISA bukti transformasi kerajaanPemansuhan ISA tepat pada waktunyaPemansuhan ISA strategi pilihan raya

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.