Oleh Ahmad Shah Pakeer Mohamed

Masih banyak pihak mengingati sejarah hitam di negara iaitu tragedi 13 Mei 1969. Jika dilihat daripada sejarah  penubuhan sesebuah negara, tidak dapat dinafikan bahawa memang sukar untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang bangsa dalam keadaan harmoni. Hal ini berkaitan dengan kehendak dan kepentingan nasional sebuah kaum itu.

Pandangan David Gibbons dalam bukunya Banking on the Rural Poor in Peninsular Malaysia (1990), amat signifikan dengan konsep kepelbagaian kaum. Penulisan Gibbons mencerminkan dasar kerajaan Malaysia terhadap konflik masyarakat majmuk. Gibbons dalam tulisannya menyatakan:

“Oleh kerana perbezaan kebudayaan yang begitu mendalam masih wujud di dalam negara, adalah mustahil untuk dihapuskan corak masyarakat yang majmuk dalam jangka masa yang munasabah dan jurang sosial antara berbagai kaum adalah terlalu luas untuk membolehkan kehidupan bersama.” Oleh sebab sentimen perkauman ini tidak dapat dihapuskan, Gibbons mencadangkan agar satu sentimen kenegaraan diwujudkan yang dikenali sebagai “perasaan komuniti politik”. Perasaan komuniti politik wujud jika ahli politik mempunyai simpati dan ketaatan bersama berhubung dengan penglibatan mereka dalam satu unit politik.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat November 2011.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.