WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kedai 1Malaysia Nafas Baharu Untuk Rakyat','/?p=2267','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh M. Fazly M. Fairuz

Pewujudan Kedai 1Malaysia dalam meringankan beban rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah, dilihat sebagai langkah yang bijak.  Kedai 1Malaysia  diperkenalkan untuk menjual barangan keperluan rakyat dengan harga yang rendah tanpa mengabaikan aspek kualiti yang menjadi hak rakyat. “Murah dan berkualiti”, konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Maka, slogan “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” bukanlah tinggal hanya slogan semata-mata, malah telah dibuktikan dengan tindakan mendahulukan rakyat dan menjaga kebajikan mereka.  Penubuhan Kedai 1Malaysia dilihat sebagai amat bertepatan dan  sesuatu yang ditunggu-tunggu dan pastinya menjadi pilihan kepada mereka yang ingin mengurangkan kos perbelanjaan harian lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos kehidupan yang semakin meningkat kesan kenaikan harga barang keperluan.

Seperti yang ditegaskan oleh Najib, keperluan asas rakyat tidak akan sekali-kali dipinggirkan walaupun kerajaan berusaha keras untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Dalam membawa hala tuju negara ke arah negara maju, keperluan asas rakyat akan sentiasa diutamakan dan agenda penting ini akan sentiasa dibawa bersama-sama dalam perjuangan dan perjalanan menjadi negara maju menjelang 2020.

Oleh itu, bagi membuktikan janji dan jaminan kerajaan, kerajaan bersetuju menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan 250 jenis barang dengan potongan harga paling minimum, iaitu sehingga 64 peratus daripada harga sebenar.  Menurut Najib lagi, idea penubuhan Kedai 1Malaysia lahir kerana beliau menyedari banyak rakyat yang berpendapatan rendah menghadapi masalah akibat kenaikan harga barang terutama mereka yang tinggal di ibu kota.

“Langkah ini diyakini boleh membantu mengurangkan beban rakyat. Konsep kedai ini tidak banyak beza dengan apa-apa yang dilakukan bapa saya, iaitu menjual barang keperluan dengan harga yang paling minimum,” kata Najib lagi.

Kerajaan memilih stesen LRT (Light Rail Transit) sebagai projek perintis penubuhan Kedai 1Malaysia kerana kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan orang ramai sekali gus memudahkan rakyat. Sebagai langkah permulaan, Kedai Rakyat 1Malaysia dilancarkan di stesen LRT Kelana Jaya oleh Perdana Menteri, bagi meringankan beban rakyat.

Malah, kerajaan berhasrat untuk memperluaskan cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) secara berperingkat-peringkat bermula dengan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya kini bukan sahaja sedang mengenal pasti lokasi yang bersesuaian malahan turut memberi fokus untuk mewujudkan rak khas bagi memastikan produk 1Malaysia dapat dijual khususnya di kawasan flat.

Kedai 1Malaysia, turut berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas. Yang membezakan kedai ini dengan pasar mini yang lain, Kedai 1 Malaysia menjual pelbagai barangan tanpa jenama, pada harga berpatutan berbanding dengan jenama lain yang terdapat dalam pasaran. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Kedai 1 Malaysia ini dapat menjual dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran kerana tidak perlu menanggung kos jenama sesuatu produk atau barang.

Walau  bagaimanapun, hal ini tidak bermakna aspek mutu dan kualiti diabaikan. Mydin Mohamed Holdings Berhad, iaitu pihak yang diamanahkan untuk menjalankan operasi Kedai 1Malaysia menyatakan walaupun harga barangan yang dijual di Kedai 1Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran,  pengguna masih dapat memiliki barang yang dijamin mutu dan kualitinya. Hal ini  juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh pengguna di samping  menjimatkan wang perbelanjaan harian pengguna. Dengan kata lain, wang yang dibelanjakan di Kedai 1Malaysia  adalah setimpal dengan produk yang mereka peroleh.

Menurut Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti. “Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam. Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan Kedai 1Malaysia.

Kedai 1Malaysia turut membawa manfaat kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama Kedai Rakyat 1 Malaysia yang diberikan kepada barangan keluaran  IKS secara tidak langsung dapat membantu pengusaha ini bersaing dalam pasaran runcit. Kedai 1Malaysia, kedai mesra rakyat, kedai untuk rakyat.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.