WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Meneruskan Kerja yang Belum Selesai','/?p=2181','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Zulkifli Salleh

Judul buku : The Law of Worldwide Value

Pengarang : Samir Amin

Penerbit : Monthly Review Press, New York

Tahun : 2010 (edisi pertama, 1978)

Harga : RM60.60 (144 hlm).

Buku ini, The Law of Wordwide Value, tebalnya kurang daripada 150 halaman, tetapi untuk menyudahkan pembacaan memerlukan masa yang agak lama. Membaca tulisan Samir Amin, sebagaimana juga membaca tulisan sahabatnya, Immanuel Wallerstein, memang sesuatu yang amat bernilai dan berbaloi. Namun, membaca buku terbaharu beliau, memang menuntut ketekunan dan kesabaran pembaca.

Buku ini sebenarnya semakan secara meluas dan diperkembangkan daripada buku yang pada mulanya diterbitkan sebagai The Law of Value and Historical Materialism. Dalam edisi baharu ini, Samir Amin mengemukakan pendekatan baharu untuk analisis Marxian tentang krisis sistem kapitalis lewat berhubung dengan oligopoli digeneralisasikan, dikewangankan, dan diglobalisasikan, berikutan keruntuhan kewangan 2008.

Dalam pengenalan edisi bahasa Inggeris, Samir Amin menegaskan bahawa Karl Marx merupakan permulaan kritikan radikal tentang zaman moden, bermula dengan kritikan tentang dunia sebenar. Kritikan radikal ini tentang kapitalisme menuntut dan membolehkan penemuan asas pengasingan (alienation) pasaran dan eksploitasi buruh. Jelas Samir Amin, Marx menghubungkan kritikan dunia sebenar ini dengan kritikan wacana tentang realiti itu.

Samir Amin mengesyorkan bahawa untuk menjadi “Marxis” adalah untuk meneruskan kerja yang Marx hanya mulakan, meskipun permulaan itu adalah tentang kuasa yang tidak ditandingi. Usaha tidak boleh berhenti pada Marx, tetapi memulakannya daripada beliau, dan inilah yang tersurat dalam penerbitan edisi baharu buku Samir Amin ini. Penulisan Samir Amin bertitik tolak daripada buku Capital Marx (Jilid I, II, dan III), dan beliau mengingatkan tanpa konsep nilai, maka tiada makna terhadap konsep pengumpulan modal. Beliau mengemukakan tiga tahap dalam transformasi nilai dalam harga pengeluaran, harga pasaran, dan harga diglobalisasikan. Bagi beliau, mustahil untuk “memahami dunia” melalui analisis realistik tentang benar-benar kewujudan kapitalisme di luar rangka kerja yang dijejaki pengolahan transformasi nilai ini.

___

Ulasan buku ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.