WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Kapitalisme Muflis','/?p=2179','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Zulkifli Salleh

Kira-kira dua tahun lalu, iaitu ketika dunia bergelut dengan krisis kewangan, sejarawan terkenal Eric Hobsbawm menulis dalam The Guardian bahawa abad ke-20 sudah berlalu, tetapi kita masih belum belajar untuk hidup pada abad ke-21, atau sekurang-kurangnya berfikir dengan cara yang sesuai dengan abad baharu ini.

Dalam makalahnya, “Socialism Has Failed. Now Capitalisme is Bankrupt. So What Comes Next?”, beliau menegaskan, apa-apa jua logo ideologi yang dipakai, anjakan daripada pasaran bebas kepada tindakan awam perlu lebih besar daripada pemahaman ahli politik.

Beliau menarik perhatian bahawa kita hidup menerusi dua percubaan praktik iaitu ekonomi negara terancang secara pusat seperti Kesatuan Soviet dan ekonomi kapitalis pasaran bebas yang tidak disekat dan tidak dikawal. Yang pertama gagal pada 1980-an, manakala yang kedua gagal di hadapan mata kita sekarang ekoran berlakunya krisis paling besar kapitalisme global sejak 1930-an. “Kita belum tahu lagi bagaimana serius dan berpanjangannya kesan krisis dunia sekarang,” tulis Hobsbawm, “tetapi krisis itu menandakan berakhirnya jenis kapitalisme pasaran bebas yang menguasai dunia dan kerajaan dunia pada tahun-tahun sejak Margaret Thatcher dan Presiden Ronald Reagan.”

Beliau mengiystiharkan bahawa kapitalisme pasaran muflis. Namun, tetapi ada sesiapa yang berfikir secara serius untuk kembali semula kepada sistem sosialis jenis Soviet bukan sahaja kerana kegagalan politik mereka, bahkan kerana semakin lembap dan tidak cekapnya ekonomi mereka. “Masa hadapan, seperti sekarang dan masa lalu, kepunyaan ekonomi campuran yang awam dan swasta saling menocang.”

Kegagalan sosialisme di Kesatuan Soviet dan Eropah Timur terbenam dalam liputan sejarah, meskipun di Amerika Latin, sosialisme memperlihatkan kebangkitan yang agak menakjubkan. Namun, isu yang ingin dibahaskan di sini bukannya tentang kematian atau kebangkitan sosialisme, tetapi tentang kemuflisan kapitalisme akibat krisis yang berpanjangan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.