WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.224.255.17' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.224.255.17','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Libya Pasca-Gaddafi','/?p=2177','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Haris Zalkapli

Menjelang Aidilfitri lalu, ketika kemuncak pertempuran antara kerajaan Libya dengan pemberontak, hampir semua media antarabangsa melaporkan bahawa pemimpin negara Afrika Utara itu, Kolonel Muammar Gaddafi dan seluruh pemerintahannya berada di ambang kejatuhan. Pada masa yang sama, rejim baharu Majlis Transisi Nasional (NTC), bersedia untuk mengambil alih pemerintahan Libya dengan segera.

Namun, keesokan harinya ternyata media antarabangsa terlalu awal untuk membuat sebarang laporan dan andaian, kerana kerajaan Gaddafi masih membuat tentangan, walaupun hanya berbaki hayat yang sangat pendek. Laporan media antarabangsa mengenai Seif al-Islam Gaddafi ditahan pemberontak juga ternyata salah apabila anak pemimpin Libya itu muncul selepas dilaporkan dia ditahan.

Tidak lama selepas itu, Gaddafi dan keluarga disahkan melarikan diri ke Algeria dan secara rasmi menamatkan kawalannya ke atas Libya. Namun telahan itu tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa satu konsensus media antarabangsa dianggap terlalu obses dalam melaporkan kejatuhan kerajaan Libya sebelum hal tersebut benar-benar berlaku. Selain berita rejim Gaddafi di ambang kejatuhan, laporan dan komentar berkaitan dengan dua isu dapat diperhatikan muncul di media Barat; iaitu desakan tentera Barat dikerah untuk menjaga keselamatan di bumi Libya dan usaha syarikat minyak Barat kembali beroperasi di negara Afrika Utara itu.

Pemikir dasar luar Amerika Syarikat (AS) daripada Majlis Hubungan Luar, Richard Haass melalui satu tulisan terawal dalam akhbar Financial Times, yang bertajuk “Libya Now Needs Boots on the Ground”, mendesak Presiden mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.