Oleh nik azman NM
Parti Adalet ve Kalkinma (AKP) pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mencapai kemenangan bagi penggal ketiga berturut-turut pada Pilihan Raya Parlimen Turki 2011 dengan memenangi 326 kerusi berbanding dengan sasaran 367 kerusi yang diperlukan untuk meneruskan pindaan Perlembagaan tanpa perlu mendapatkan sokongan parti lain.
AKP yang ditubuhkan pada 2001 memenangi pilihan raya pertama pada 2002 dengan majoriti dua per tiga. Peratusan undi itu adalah yang tertinggi dicapai oleh AKP sejak mula mengambil alih kuasa pemerintahan Turki pada 2002.
Turki negara Islam dan anggota Kesatuan Eropah (EU) menjadi kuasa ekonomi berpengaruh di dunia sejak AKP pimpinan Erdogan memerintah negara itu. Pimpinan kepada negara yang mempunyai 74 juta orang penduduk itu dianggap sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya meningkatkan ekonomi Turki serta menghentikan masalah politik termasuk penggulingan tentera dan keganasan yang menghantui negara itu sejak beberapa dekad.
___
Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.