Oleh Farizal Razalli

Dunia mengenali Perancis sebagai antara negara yang bersifat nasionalis. Bagi mereka yang pemikirannya berhaluan lebih sederhana, sifat nasionalis tersebut lebih menggambarkan sikap patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga Perancis. Walau apa-apa pun anutan paradigmanya, Perancis terkenal sebagai sebuah negara yang kental dengan ketaksuban budaya dan bangsanya.

Ketika ini wujud senario politik berhaluan ekstrem kanan Front National (FN) yang cuba untuk membersihkan Perancis daripada kemasukan warga asing sama ada secara sah mahupun tidak sah. Dua orang tokoh anak-beranak Jean- Marie Le Pen dan Marine Le Pen menjadi dua orang aktor utama FN menjelang Pilihan Raya Presiden Perancis 2012.

FN dan Antirevolusi

Dalam sejarah penubuhannya, FN mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi Perancis (1789 – 1799). Pelopor FN menyanggah pejuang revolusi yang disifatkan sebagai pembelot sistem monarki di Perancis.

Malah falsafah perjuangan FN mempunyai pertalian rapat dengan gerakan yang dikenali sebagai Action Française (1898). Gerakan tersebut cuba untuk mengembalikan sistem monarki di Perancis, walaupun bukan semestinya sistem monarki mutlak. Dengan kata lain, FN berfahaman konservatif yang mahu Perancis kekal sebagai sebuah negara bangsa yang berasaskan ketulenan bangsa, budaya dan nilai.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.