Oleh Nor Mohamad Shakil Hameed

Banyak pihak mendakwa bahawa Ops Sikap ke-24 yang diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini gagal mencapai objektifnya. Hal ini demikian kerana angka kematian yang direkodkan sepanjang 15 hari tempoh Ops Sikap ke-24 berlangsung iaitu sebanyak 289 kematian – rekod baharu untuk semua Ops Sikap yang pernah diadakan selama 11 tahun. Sebelum ini, rekod tertinggi dicatatkan pada Ops Sikap Ketiga pada 2002 iaitu sebanyak 285 kematian juga semasa musim Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan konsep baharu pada Ops Sikap tahun ini dengan harapan mahu mendidik pengguna jalan raya dan bukannya menghukum seperti sebelum ini, hasilnya lebih mengecewakan. Dalam hal ini, tidak tepat untuk menuding jari ke arah PDRM di atas peningkatan angka kematian ini, malah banyak pihak mengakui anggota PDRM yang bertugas sepanjang Ops Sikap kali ini menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebaik-baik yang mungkin.

Malah niat PDRM untuk mengubah konsep Ops Sikap daripada menghukum kepada mendidik wajar diberikan pujian. Cuma persoalannya, di manakah silapnya sehingga angka kematian terus meningkat? Apakah lagi kaedah yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kadar kemalangan dan jumlah kematian yang besar pada musim perayaan di negara ini?

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.