WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.81.71.219' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.81.71.219','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Menjadi Pembeli Rumah yang Bijak','/?p=2162','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh R. Shankaran

Rumah merupakan aset asas yang penting kepada setiap individu. Namun mutakhir ini membeli rumah merupakan satu tanggungjawab yang berat bagi kebanyakan orang.

Ada dalam kalangan pembeli rumah masih membayar pinjaman perumahan walaupun sudah bersara. Lebih malang, pemaju perumahan gagal menyiapkan rumah dan pembeli tetap perlu membayar kepada bank (pembiaya pinjaman perumahan) berdasarkan perjanjian yang dimeterai.

Situasi sebeginilah yang menyebabkan pembeli rumah menghadapi beban kewangan yang berat sehingga kadangkala menjejaskan keharmonian institusi kekeluargaan masing-masing. Oleh sebab itu, pihak pembeli harus membuat beberapa semakan sebelum dan selepas membeli rumah.

Sebelum Membeli Rumah

Semakan pertama yang perlu dibuat oleh pembeli adalah meneliti latar belakang syarikat pemaju perumahan. Mutakhir ini, kebanyakan pemaju mempunyai laman sesawang sendiri untuk tujuan promosi projek perumahan mereka serta menyiarkan beberapa butiran mengenai syarikat bagi memberikan keyakinan kepada pembeli.

Selain itu, pembeli perlu menyemak sama ada pemaju tersebut disenaraihitamkan atau tidak oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) disebabkan kesalahan tertentu melalui laman sesawang KPKT. Pembeli disarankan untuk melihat sendiri projek perumahan yang pernah disiapkan oleh pihak pemaju.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.