Oleh Mohd. Shukri hanapi

Selain plagiat (meniru), terdapat satu lagi sindrom yang semakin berleluasa dalam dunia akademik sekarang iaitu “menumpang nama” atau turut dikenali sebagai “boncengan gratis”. Jika diperhatikan, masalah plagiat sering dibincangkan secara serius oleh sebahagian besar ahli akademik.

Mengapakah hal ini terjadi? Adakah amalan menumpang nama tidak seteruk plagiat? Adakah amalan menumpang nama “menguntungkan” sesetengah ahli akademik yang terlibat, terutamanya dalam mencukupkan hasil penulisan dan penerbitan akademik mereka untuk kenaikan pangkat? Atau adakah amalan menumpang nama dapat membantu seseorang pelajar menerbitkan sesebuah penulisan akademik yang dihasilkannya dengan mudah?

Masalah inilah yang cuba diketengahkan oleh Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh menerusi tulisannya yang berjudul, Sindrom Boncengan Gratis dalam Dunia Akademik yang disiarkan dalam akhbar arus perdana pada 4 Julai 2011. Isu ini amat penting diberikan perhatian oleh ahli akademik dan pelajar, terutamanya dalam kalangan pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT).

Dalam membincangkan masalah menumpang nama ini, Syukri memfokuskan perbincangannya kepada dua perkara utama. Pertama, maksud boncengan gratis (menumpang nama). Bagi mengukuhkan maksud itu, terdapat tujuh syarat bagi melayakkan seseorang itu meletakkan namanya dalam sesuatu hasil dokumentasi atau penerbitan akademik sebagaimana yang ditetapkan dalam konvensyen kepengarangan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.