Oleh  Muhammad Nizam Ab. Ghani

Rakaman sejarah sesuatu peristiwa yang bermakna memberikan kesan sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara. Sejarawan Islam yang ulung, Ibnu Khaldun menghuraikan secara terperinci tentang falsafah sejarah dalam karyanya, al-Muqaddimah.

Dalam karya agung berkenaan yang menjadi teks utama pengajian sejarah seantero dunia, Ibnu Khaldun menekankan betapa pentingnya sejarawan tidak berkompromi terhadap etika periwayatan sejarah supaya kesahihan fakta sejarah terpelihara tanpa sebarang penyelewengan. Beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri 1432 Hijrah dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54, negara ini digemparkan dengan kenyataan tokoh nombor dua PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang mendakwa Mat Indera (Ahmad bin Indera) dan segerombolan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1951 merupakan pejuang kemerdekaan yang sebenar. Kenyataan tersebut dibuat semasa Mat Sabu menyampaikan ceramah di Bukit Mertajam pada 21 Ogos 2011.

Kenyataan yang dilontarkan oleh “pemidato” PAS yang lantang dan cukup kontroversi itu bukan sahaja menimbulkan polemik terhadap sejarah negara, bahkan menyinggung perasaan waris anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong. Di samping cuba memusing 360 darjah fakta tragedi Bukit Kepong, Mat Sabu turut berjanji menulis semula sejarah tanah air andainya Pakatan Rakyat diberikan peluang menguasai Putrajaya kelak.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Oktober 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.