Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

Paul, namanya mungkin tidak sepopular sekarang jika Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia tidak berlangsung. Namun, setelah bermulanya aksi bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dari Jun hingga awal Julai lalu, nama Paul menjadi “pujaan” dan bualan mulut sesetengah peminat “bertuah”, baik dalam kalangan pemimpin utama dunia mahupun golongan marhaen.

Paul, seekor sotong yang dipelihara di akuarium Sea Life, Selatan Jerman, mula menjadi tumpuan dunia terutama dalam kalangan “kaki judi” yang melihatnya bukan sekadar seekor sotong, tetapi peramal yang menakjubkan.

Paul berjaya meramal dengan tepat kesemua tujuh perlawanan yang membabitkan skuad kebangsaan Jerman. Terakhir, “peramal ajaib” ini meramalkan dengan tepat perlawanan akhir antara Belanda dengan Sepanyol bagi edisi ke-19 di bumi Afrika, sebagai milik mutlak Sepanyol yang juga juara Eropah tahun 2008.

___

Penulis Penolong Editor Dewan Masyarakat.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.