WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.198.170.159' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.198.170.159','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; Sinar Baharu Thailand Era Yingluck','/?p=2075','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Muhammad Nizam Ab. Ghani

Thailand telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya mendapat seorang perdana menteri wanita dalam tempoh 79 tahun negara gajah putih itu melaksanakan sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Yingluck Shinawatra, 44 tahun telah dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri Thai yang ke-28 pada 5 Ogos 2011. Dalam pemilihan perdana menteri yang diadakan sebulan selepas Pilihan Raya Umum Thailand (PRU), Yingluck telah meraih sokongan 296 orang ahli parlimen Thai. Pelantikan Yingluck itu menjadikan beliau pemimpin wanita kedua di rantau Asia Tenggara selepas mendiang Corazon Aquino, iaitu mantan Presiden Filipina.

Bukanlah rahsia bahawa Yingluck merupakan adik bongsu bekas Perdana Menteri Thailand yang disingkirkan dalam rampasan kuasa  tentera pada tahun 2006, iaitu Thaksin Shinawatra. Thaksin yang kini berada dalam buangan di luar negara dilabelkan sebagai proksi utama Yingluck. Aura sebagai adik Thaksin yang pernah menerajui Thailand selama lima tahun telah memberikan kelebihan kepada parti Yingluck-Pheu Thai untuk memperoleh sokongan yang besar dalam PRU Thai pada 3 Julai 2011. Penyokong kuat Pheu Thai iaitu di wilayah utara dan timur Thai menaruh harapan agar Yingluck mampu mencipta sentuhan “berbisa” terhadap pemulihan ekonomi Thailand seperti yang pernah dilakukan oleh abangnya yang pernah memperkenalkan dasar ekonomi yang terkenal dengan julukan “Thaksinomics”.

Yingluck boleh dianggap sebagai tokoh politik segera yang muncul menjelang PRU baru-baru ini. Beliau memiliki latar belakang akademik dalam jurusan Pentadbiran Awam dan pernah berkecimpung dalam perniagaan industri telekomunikasi yang diasaskan oleh Thaksin. Sejurus nama Yingluck diperkenankan oleh Raja Bhumipol Adulyadej untuk memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah meminta seluruh rakyat Thai agar memberi tempoh enam bulan kepada barisan kabinet yang bakal dibentuknya bagi membuktikan keupayaan prestasi dasar kerajaan yang bakal dilaksanakan oleh parti Pheu Thai.

Yingluck muncul pada ketika perseteruan antara kumpulan demontrasi baju Merah (Pro Thaksin) dan kumpulan baju kuning (Anti Thaksin) berada pada titik kemuncaknya. Politik “warna baju” yang timbul sejak tahun 2008 ini pernah menggemparkan media antarabangsa dengan perhimpunan selama beberapa bulan di sekitar kota Bangkok dan lapangan antarabangsa Thailand yang melumpuhkan kegiatan ekonomi negara tersebut.

Sesungguhnya Yingluck menggalas tanggungjawab yang besar untuk mengharmonikan keperluan aspek ekonomi, sosial dan politik di negaranya. Penganalisis politik Thailand menjangkakan Yingluck berhadapan dengan laluan yang sukar dalam kerjaya politiknya apatah lagi hubungan darah antara beliau dan Thaksin menimbulkan spekulasi bahawa Yingluck berkemungkinan menjadi boneka Thaksin yang pada bila-bila masa Thaksin akan dibenarkan kembali ke Bangkok tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Cabaran utama Yingluck ialah untuk membuktikan bahawa beliau bebas daripada dibayangi oleh Thaksin. Selain itu, Yingluck juga perlu membina karismanya yang tersendiri dalam mentadbir negara yang berpenduduk 64 juta orang itu.

Pada masa sekarang Yingluck perlu menumpukan perhatiannya ke arah melunaskan janji-janji yang telah ditabur oleh partinya – Pheu Thai sepanjang kempen PRU yang lalu. Antara komitmen Pheu Thai yang terkandung dalam manifestonya ialah:

a)    Melaksanakan gaji minimum sebanyak 300 Baht

b)    Pelaksanaan gaji permulaan 1,500 Baht  kepada graduan universiti

c)    Pembiayaan harga padi yang lebih tinggi kepada penanam padi di seluruh Thailand

Berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan Thailand, Yingluck dan kabinetnya diberi tempoh selama 15 hari selepas mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand untuk membentangkan di Parlimen dasar yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Yingluck. Oleh itu, perancangan yang teliti dan holisitik oleh kabinet Yingluck adalah wajar dalam menangani sebarang isu sama ada ianya berkaitan isu domestik mahupun luar negara. Pada peringkat domestik, Yingluck dijangka akan memberikan tumpuan terhadap usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia. Pertikaian kuil purba di sempadan Thailand-Kemboja pula bakal menjadi fokus isu antarabangsa yang perlu ditangani segera oleh kepimpinan Yingluck dan dijangka beliau tidak menghadapi sebarang kesulitan dengan kerajaan Kemboja memandangkan Phnom Phenh telah menyatakan reaksi positifnya terhadap pelantikan Yingluck menerusi perutusan tahniah kepada pemimpin baru Thailand itu.

Pergolakan di wilayah selatan Thai yang melibatkan golongan minoriti Melayu Muslim yang sudah berlarutan sejak sekian lama perlu mendapat tindakan dan perhatian yang sewajarnya oleh Yingluck. Walaupun dalam PRU lalu, parti  Pheu Thai tidak mendapat tempat di hati pengundi di wilayah berkenaan namun Yingluck perlu mengambil pendekatan yang mesra kepada etnik Melayu Muslim dan tidak mengamalkan kekerasan seperti yang dilakukan oleh Thaksin. Masyarakat dunia mungkin tidak dapat melupakan insiden Tak Bai pada tahun 2004 yang meragut 78 nyawa belia Muslim yang dipukul oleh pihak polis Thai sebelum disumbat beramai-ramai ke dalam trak untuk dihantar ke penjara Patani. Hingga hari ini kekejaman yang dilakukan oleh Thaksin terhadap penduduk Muslim Selatan Thai masih berbekas dalam jiwa mereka dan Yingluck bertanggungjawab untuk merangka pelan strategi yang praktikal untuk memulihkan keamanan di wilayah berkenaan serta memupuk integrasi nasional dengan mengambil kira sensitiviti agama Islam yang dianuti mereka.

Yingluck mungkin boleh berbangga dengan pengalaman kerjayanya selaku tokoh dalam industri telekomunikasi Thailand. Walau bagaimanapun, menjadi pemimpin nombor satu negara, rentaknya adalah berbeza kerana aspek yang perlu dipertimbangkan bukanlah untung atau rugi tetapi kemampuan menegakkan keadilan terhadap rakyat jelata. Sungguhpun dunia politik merupakan sesuatu yang baru bagi Yingluck namun harapan yang boleh disandarkan kepadanya ialah beliau tidak akan mengulangi kesilapan Thaksin yang ghairah mengutamakan kepentingan peribadi dengan menggadaikan kepentingan rakyat.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.