Oleh Baha Zain

Sedang dalam perjalanan ke Saujana Impian pada hari kedua Aidilfitri, bertepatan dengan hari kemerdekaan 31 Ogos 2011, saya menerima pesanan ringkas tentang berita yang sama daripada beberapa orang teman, “Datuk Dr. Hassan Ahmad dimaklumkan kembali ke rahmatullah sebentar tadi, al-Fatihah.” Saya membatalkan rancangan beraya, dan bergegas pergi menziarahi jenazah seorang sahabat seperjuangan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kawan-kawannya.

Pada saat semua umat Islam bergembira, saya tiba-tiba dirundungi kesedihan. Saya mengenali Allahyarham sejak 1963, iaitu lebih daripada 48 tahun dahulu sewaktu duduk bertentangan dengan biliknya di Bahagian Penyelidikan, di tingkat lima bangunan lama DBP yang pada waktu itu dipimpin oleh Allahyarham Tuan Syed Nasir.

Selepas 20 tahun, sekali lagi bilik kerja saya bertentangan dengan biliknya di tingkat ketiga, apabila saya menjadi timbalan kepada beliau yang pada waktu itu menduduki kerusi Ketua Pengarah DBP. Saya masih ingat di dinding biliknya tergantung Surah al-’Asr. Tepat benarlah kalam Allah itu mengingati manusia, “Demi masa; sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kalau tidak menyumbang kepada kebaikan masyarakat dan manusia lain dan hanya menggunakan masa untuk faedah dirinya sahaja.”

Allahyarham menginsafi kebenaran tersebut dan mengajak pegawai dan kaki tangan sepejabatnya menggerakkan kehidupan kebahasaan ke arah keredhaan kalam yang mulia itu.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.