Oleh Amlir

Seandainya wajah bumi sejak kewujudannya 4.6 bilion tahun lampau sehingga sekarang dirakam menjadi sebuah dokumentari dengan tempoh 24 jam, dokumentari tersebut pasti menjadi hambar tanpa sebarang aksi dan dialog kerana wajah manusia serta sejarahnya hanya bermula pada empat saat terakhir dokumentari tersebut.

Jika dokumentari itu bermula pada pukul 12.00 tengah malam, kehidupan pertama hanya muncul pada pukul 4.00 pagi dalam bentuk sel. Haiwan pertama pula kelihatan pada pukul 8.41 malam.

Tumbuhan primitif pertama tumbuh pada pukul 9.34 malam, manakala ikan dan reptilia pada pukul 9.40 malam. Mamalia dan dinosaur pertama kelihatan kira-kira pada pukul 10.45 malam, dan burung pula pada kira-kira pukul 11.42 malam. Manusia hanya muncul empat saat sebelum pukul 12.00 tengah malam, iaitu hampir-hampir di penghujung dokumentari.

Ironinya, pada cebisan penghujung sepanjang 0.005 peratus daripada usia bumi inilah berlakunya episod paling dramatik yang mengubah dan merobek landskap bumi: pembuangan sisa kegiatan pembangunan yang mencemarkan atmosfera dan air, penggalian bijih dan minyak, penebangan hutan, pembunuhan kepelbagaian biologi, pertambahan jerebu dan debu, pencairan bongkah ais, dan kenaikan aras lautan yang mendadak. Kesemuanya berlaku pada kadar yang tidak pernah tercatat dalam sejarah bumi sebelumnya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.