Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman

Pada 21 Julai lalu, tepat pukul 5.57 pagi waktu tempatan, merupakan tarikh yang bakal dikenang oleh lebih daripada empat ribu orang pekerja program kapal angkasa Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA). Bukan mengenang angkasawan yang terkorban ketika menaiki kapal angkasa Challenger (1986) dan Columbia (2003), tetapi memberi penghormatan terakhir kepada kapal angkasa Atlantis yang ditamatkan khidmatnya.

Selepas 30 tahun menjadi “perantara” antara NASA dengan International Space Station (ISS), Atlantis kini tinggal sejarah sebagai kegemilangan sistem pengangkutan “rasmi” ke angkasa lepas. Hari-hari terakhir “jasa” Atlantis “diraikan” dengan dendangan lagu Rocket Man nyanyian Elton John yang liriknya dihasilkan oleh seorang angkasawan yang meluahkan perasaannya. Lagu tersebut berkumandang di ISS sebagai “peringatan” terakhir misi Atlantis.

Bagi juruterbangnya, Goug Hurley, misi terakhir ini amat menjerihkan kerana hanya beroperasi selama 13 hari berbanding dengan tempoh masa kebiasaannya dua bulan. Selain itu, misi ini juga memastikan bekalan yang dibawa ke ISS mencukupi sehingga 2012. Menguji keupayaan robotik NASA, memuatkan modul, mengisi bahan pendingin, dan mengatur uji kaji satelit mini antara tugas yang dipertanggungjawabkan untuk misi terakhir ini.

Namun, sekembalinya ke ruang angkasa bumi, Atlantis hanya membawa sisa-sisa kenangan yang disambut oleh ratusan orang pengunjung dengan penuh emosi. Bagi Pengurus NASA, Charles Bolden, kapal angkasa terakhir ini menandakan berakhirnya satu era dan NASA terus komited untuk meneruskan penerokaan kapal angkasa.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.