Oleh Mohd. Nizam Sahad

Perkataan selak walaupun dieja sama, tetapi mempunyai dua makna yang cukup berbeza dan berlawanan apabila dibaca dengan sebutan yang berlainan atau digunakan dalam konteks kata kerja ataupun kata nama.

Bunyi berbeza itu terletak pada huruf “e” sama ada disebutkan dengan sebutan e-pepet ( ) atau etaling (é). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan jenis “e” ini diberikan tanda tertentu. E-pepet ditanda sebagai e terbalik seperti ( ), manakala e-taling diberikan tanda di atasnya (é).

Selak yang dibunyikan dengan e-pepet ( ) itu adalah seperti bunyi perkataan emak, seladang dan sebagainya. Manakala, selak yang disebut dengan e-taling (é) adalah seperti perkataan ekor, esok dan sebagainya.

Apabila perkataan selak diteliti dalam bentuk kata nama, perkataan tersebut membawa maksud kayu palang untuk mengunci pintu, tingkap dan sebagainya. Manakala jika digunakan dalam bentuk kata kerja, selak membawa maksud menyingkap, membuka dan menyingsingkan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.