Oleh Ahmad Zaki Hasan

Sekalipun tidak memiliki pengalaman luas dalam bidang politik, Yingluck Shinawatra akhirnya memenangi Pilihan Raya Umum Thailand yang berlangsung awal Julai lalu dengan jumlah undi yang banyak. Yingluck melalui partinya Pheu Thai berjaya merebut 265 daripada 500 kerusi yang dipertandingkan, mengatasi 159 kerusi yang dimenangi Demokrat.

Kejayaan Pheu Thai hampir menyamai rekod Thai Rak Thai yang diwakili Thaksin dalam pilihan raya Januari pada 2001 dengan memperoleh kemenangan majoriti mutlak dan menguasai 296 daripada 500 kerusi. Kedudukan Pheu Thai dilihat semakin kukuh apabila empat buah lagi parti yang bertanding bergabung bagi membentuk sebuah kerajaan campuran yang menyaksikan mereka menguasai 299 kerusi di Dewan Parlimen.

Ternyata, kemenangan Yingluck biarpun buat kali pertama bukanlah kerana faktor namanya semata-mata “Ying” “Luck” (Ying yang membawa tuah) tetapi disebabkan oleh faktor abangnya, Thaksin Shinawatra yang merupakan bekas Perdana Menteri di negara tersebut.

Selepas Thaksin digulingkan pada 2006, situasi tegang di Bangkok tidak pernah surut. Hal ini demikian kerana Perdana Menteri, Samak Sundaravej masih dikecam dan dianggap menjalankan dasar bagi menjaga kepentingan Thaksin. Pemerintahan Samak dianggap boneka kepada Thaksin. Akibatnya, Samak terpaksa melepaskan jawatan dan Somchai Wongsawat dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, pelantikan Somchai belum berupaya memisahkan politik Thai daripada “sentuhan” Thaksin.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.