Oleh Mohd. Nadzri Kamsin

Tun Dr. Mahathir Mohamad dipecat daripada UMNO pada 1969. Ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selaku Presiden UMNO masih memegang jawatan Perdana Menteri. Pemecatan Mahathir daripada parti disebabkan kritikan keras yang dilemparkan Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman.

Terkilan dan marah dengan tindakan Mahathir, Tunku Abdul Rahman memberikan kata dua kepada Majlis Tertinggi UMNO sama ada memilih beliau atau Mahathir. Majlis Tertinggi UMNO kemudiannya memecat Mahathir daripada parti.

Buku penulisan Mahathir, The Malay Dilemma diharamkan daripada diterbitkan di Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sekali lagi banyak mengkritik kepemimpinan beliau.

Lebih kurang 30 tahun selepas Mahathir dipecat daripada UMNO, Putrajaya diisytiharkan secara rasmi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu. Pada 1 Februari 2001 pula, Putrajaya dinobatkan sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Nama Putrajaya diambil sempena nama “Bapa Kemerdekaan” dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.

Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu memilih untuk mengabdikan Tunku Abdul Rahman yang dahulu memecatnya daripada UMNO dan mempunyai hubungan yang dingin sebelum dan selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Namun kini, semuanya menjadi sejarah.

Tunku Abdul Rahman terus dikenang sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama sementara Mahathir dikenang sebagai “Bapa Pemodenan” dan Perdana Menteri yang paling lama mentadbir negara. Namun, sejarah masih terus menghubungkan kedua-duanya, pusat pentadbiran yang menjadi kemegahan negara – Putrajaya.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.