Oleh MUHAMAD RAFIQ ABDUL RAHMAN

“Zipi Sudah Ada di Sini.” Demikian tajuk di kulit depan sebuah majalah berita mingguan India, Outlook, pada keluaran Ogos 2005. Zipi merupakan sekelompok pemuda India yang muncul sejak India terlibat dalam perdagangan global serta revolusi teknologi maklumat dan komunikasi serta revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang berpusat di Bangalore.

Outlook menggelar Zipi India tersebut sebagai “anak liberalisasi” dan mentakrifkan Zipi sebagai “golongan muda yang tinggal di bandar dan pinggir bandar, berumur antara 15-25 tahun yang penuh dengan semangat”. Mereka mempunyai sikap yang mempesonakan, bercita-cita tinggi, dan penuh dengan aspirasi.

“Mereka memacu destinasi dan bukan dipacu, mereka berpandangan luas dan bukannya sempit, mereka sentiasa maju dan bukan terperangkap di sesuatu tempat,” kata seorang penganalisis TMK India yang dipetik daripada Outlook.

Thomas L. Friedman, dalam bukunya, The World is Flat: A Brief History of the Globalized World in the 21st Century (2006), menyatakan kekagumannya terhadap kelahiran generasi Zipi di seluruh dunia. Menurut Friedman, generasi ini sangat berfikiran luas dan sentiasa berada “di tengah-tengah” pusat maklumat dunia ekoran jaringan luas TMK yang memungkinkan sesiapa sahaja berhubung antara satu sama lain.

___

Penulis Penolong Editor Dewan Masyarakat.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2010. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal. Jika anda berminat untuk membaca seterusnya, sila ke sini.

RENCANA BERKAITAN Wawancara Shobana Nair, Wawancara Khairun Nisa, Wawancara Michael Teoh, Perhimpunan Belia Sedunia.

VIDEO BERKAITAN Michael Teoh di One Young World, Shobana Nair di One Young World.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.