WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.227.104.40' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.227.104.40','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; DSK Mangsa Konspirasi?','/?p=1978','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Farizal Razalli

Nama Dominique Strauss- Kahn (DSK) agak asing bagi rakyat Malaysia. Namun berita penahanan beliau oleh pihak berkuasa New York baru-baru ini sedikit sebanyak memperkenalkan nama besar ahli politik Perancis di persada antarabangsa. Mantan Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang berusia 62 tahun ini didakwa atas tiga pertuduhan; cubaan memperkosa, keganasan seksual, dan mengurung secara paksa.

Apakah signifikannya penulis membicarakan kes DSK? Tiga alasan diberikan; politik, skandal dan konspirasi. Kes DSK memperlihatkan bagaimana perkaitan tiga elemen ini amat kritikal dalam menentukan jatuh bangunnya kerjaya seorang ahli politik.

Siapa DSK? Suatu perjalanan politik yang begitu panjang dan mengujakan, DSK mula memasuki arena politik Perancis seawal usia 20-an. Pada usia 37 tahun, beliau dipilih menerusi pilihan raya sebagai wakil di Dewan Rendah Parlimen Perancis (Assemblé Nationale). Seorang pejuang sosialis moden Perancis, DSK yang berpendidikan dalam bidang ekonomi dan bekas profesor ekonomi di institusi elit Perancis Sciences Po pernah memegang beberapa portfolio dalam Kabinet Perancis.

DSK mula menjadi perhatian apabila beliau dilantik menerajui Kementerian Ekonomi Perancis (1997 – 1999) dalam Kabinet Perdana Menteri Lionel Jospin. Ternyata Pengalaman dunia akademik dan politik banyak membantu DSK dalam memperkenalkan beberapa dasar dan pendekatan ekonomi inovatif dalam politik ekonomi Perancis.

Antara kejayaan dan sumbangan DSK adalah memperkenalkan program penswastaan yang membawa kepada penyenaraian syarikat telekomunikasi terkemuka Perancis French Telecom di Bursa Saham Perancis menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO). Kecekapan dan kewibawaan ini membawa pemilihan DSK sebagai Ketua Pengarah IMF yang baharu menggantikan Rodrigo Rato pada 2007. Pemilihan ini amat bersejarah buat Perancis atas dua sebab; pertama, DSK merupakan calon sosialis pertama yang dilantik ke jawatan itu; kedua, DSK merupakan warga Perancis keempat yang dilantik ke jawatan itu dalam tempoh 44 tahun (negara Eropah paling banyak melahirkan Ketua Pengarah IMF).

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.