Oleh Karim Raslan

Semuanya bermula daripada sebuah lagu berjudul “Kaulah Segalanya” nyanyian Ruth Sahanaya yang membuatkan penulis mula ketagihan untuk mendengar lagu pop Indonesia. Ruth Sahanaya ketika itu menjadi penyanyi kegemaran penulis. Sebelum ini, penulis tidak mendengar lagu pop Indonesia.

Walau bagaimanapun tatkala di luar pejabat, penulis berpura-pura seperti tidak berminat lagu pop Indonesia – tidak mengetuk kaki atau bersenandung secara diam-diam di khalayak umum. Namun, tatkala mendengar lagu tersebut di rumah atau di dalam kereta, suasananya menjadi berlainan. Penulis ikut sama ikut menyanyi dengan kuat dan penuh semangat.

Oleh sebab itu, penulis sentiasa mengunjungi kedai menjual cakera padat (pada masa itu masih terdapat banyak kedai menjual cakera padat di Jakarta) untuk mendapatkan album terbaharu pop Indonesia.

Pernah sekali penulis menyalin lirik lagu pop Indonesia untuk dinyanyikan di sebuah parti. Persembahan yang agak memalukan – masuk tempo yang salah, nyanyian yang sumbang dan terlupa lirik.

Dengan gaya nyanyian seperti itu, pastinya “Indonesia Idol” tidak berminat untuk mencari penulis. Pengalaman tersebut membuatkan penulis tabik dengan penyanyi seperti Ruth Sahanaya. Rupa-rupanya bukan mudah untuk menyanyi.

Tidak pernah terbayang oleh penulis, setahun kemudian penulis menjumpai sebuah album yang menggabungkan tiga orang diva bertajuk, “Semua Jadi Satu” Ruth Sahanaya bersama-sama Krisdayanti dan TitiDJ.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.