WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
DELETE FROM wp_useronline WHERE user_ip = '54.167.29.208' OR timestamp < CURRENT_TIMESTAMP - 300

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
INSERT INTO `wp_useronline` (`user_type`,`user_id`,`user_name`,`user_ip`,`user_agent`,`page_title`,`page_url`,`referral`) VALUES ('guest',0,'Guest','54.167.29.208','CCBot/2.0 (http://commoncrawl.org/faq/)','Dewan Masyarakat &raquo; Archive &raquo; 10 Tahun Pertubuhan Kerjasama Shanghai Persaingan Sengit China-Rusia','/?p=1974','')

WordPress database error: [Table './dwnmasyarakat/wp_useronline' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT COUNT(*) FROM wp_useronline




Oleh Haris Zalkapli

Pada 15 Jun lalu merupakan sambutan ulang tahun ke-10 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), iaitu sebuah pertubuhan multilateral paling berpengaruh di Asia Tengah dan paling dibimbangi di peringkat global.

Sejak penubuhannya pada 2001, SCO memperlihatkan potensi yang besar dengan ditunjangi dua kuasa besar dunia iaitu China dan Rusia. Kedua-dua negara tersebut ialah anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mempunyai kuasa ekonomi serta pasukan tentera yang kuat.

Walaupun menjangkau usia 10 tahun dengan penglibatan kuasa utamanya semakin kelihatan, belum ada pencapaian yang membanggakan diperolehi SCO. Penyelesaian pertikaian sempadan, pelaburan projek pembangunan, serta kerjasama perdagangan melibatkan minyak dan keselamatan merupakan antara bidang kerjasama utama SCO.

SCO yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Lima Shanghai, ditubuhkan pada April 2006 dan dianggotai lima buah negara iaitu China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan. Uzbekistan menyertai Kumpulan Lima Shanghai pada 2001, dan pada Jun tahun yang sama, nama kumpulan tersebut diubah kepada SCO selepas perjanjian penubuhan ditandatangani enam negara anggota. Empat buah negara, iaitu Mongolia, Iran, India, dan Pakistan memegang status negara pemerhati.

Mongolia mendapat status pemerhati pada 2004, manakala Iran, India, dan Pakistan menerima status itu pada 2005 – tahun SCO mula mendapat perhatian masyarakat global dengan lebih mendalam. Sejak 2005, SCO tidak lagi memberikan status negara pemerhati, tetapi mewujudkan pula kategori rakan dialog bermodelkan amalan ASEAN. Isu negara pemerhati dan anggota baharu SCO merupakan antara isu yang memperlihatkan persaingan kuasa antara China dengan Rusia. India ialah negara sekutu Rusia dan pesaing sengit China dalam bidang politik dan ekonomi. Dalam kalangan negara membangun di Asia, India ialah pesaing kuat China.

Pakistan pula negara sekutu China yang menjadi pesaing kepada India. Malah, pertikaian sempadan Pakistan–India terus hangat tanpa sebarang penyelesaian. Malah, Pakistan menjadi sekutu yang membantu memperluas pengaruh dan projeksi kuasa China hingga ke Lautan Hindi – medan persaingan yang dinilai bakal menjadi kritikal pada masa depan.

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat September 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.