Oleh Muhamad Irfan

 Menjual produk tiruan menjadi satu kesalahan. Malah terdapat peruntukan undang-undang yang jelas di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, jika sabit kesalahan, mereka yang menjual produk tiruan boleh dikenakan hukuman denda RM100 ribu  atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ironinya, hukuman tersebut langsung tidak menimbulkan rasa takut kepada segelintir pihak. Mungkinkah hukuman tersebut terlalu ringan berbanding dengan pulangan yang mereka peroleh sehinggakan kegiatan ini begitu sukar dibenteras di pasaran terbuka? Atau mungkinkah kegiatan ini dilindungi orang tertentu menyebabkan peniaga produk tiruan bercambah seiring dengan meningkatnya tapak bazar larut malam atau lebih dikenali sebagai Down Town.

Kegiatan menjual produk tiruan di pasaran terbuka membabitkan produk  berjenama antarabangsa cukup mendapat sambutan pembeli. Daripada aksesori, alat mekap, beg tangan wanita, baju jam tangan, minyak wangi sehinggalah kepada seluar jeans – semuanya dijual di pasaran terbuka cukup berleluasa.

Jenama terkenal yang biasanya dijual di butik eksklusif yang pasti harganya mencecah ribuan ringgit, kini menjadi pakaian jalanan (street wear) – bermakna sesiapa sahaja boleh memakainya. Soal sama ada produk tersebut tiruan bukan lagi satu persoalan. Dari segi mutu sememangnya kita ketahui tetapi produk tiruan ini cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Bayangkan sebuah beg tangan wanita berjenama antarabangsa seperti Louis Vuitton, Prada, Fendi, Gucci, Channel, Dior, dan sebagainya yang harganya mencecah ribuan ringgit, seseorang  boleh memilikinya (produk tiruan) dengan harga tidak sampai pun RM100 di mana-mana gerai jalanan terutamanya di bazar larut malam. Malah jika pandai tawar menawar, harganya jauh lebih murah.     

___

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Ogos 2011. Kandungan rencana telah disunting daripada kandungan asal.

Share

Hantar Maklum Balas




Klik di sini untuk memasukkan gambar ke dalam komen anda.

Wawancara Dr. Haji Awang Sariyan dengan wakil Dewan Masyarakat/TV DBP

Recent Posts

Hak Cipta Terpelihara ©  2010 - 2012 Dewan Bahasa dan Pustaka.

PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka ("DBP", "kami") tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh maklumat daripada laman web ini. Penggunaan Dewan Masyarakat dalam talian adalah atas risiko dan tanggungjawab pengguna sendiri. Meskipun kami berusaha untuk menerbitkan maklumat atau bahan dengan setepat dan secepat mungkin, DBP tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan laman ini serta maklumat dan bahan yang terkandung di dalamnya, dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung.